Pengenalan
KEMAS telah mengambil inisiatif memperluaskan bidang STEM kepada STREAM, di mana bidang seni (Art), serta nilai murni (Religions) turut diintegrasikan dalam Sains, Teknologi, Engineering (Kejuruteraan) dan Matematik (STEM) supaya melalui estetika dan kreativiti, minat kanak-kanak terhadap bidang STEM dapat dipupuk dengan lebih mudah terutamanya melalui pendekatan "belajar sambil bermain". Nilai murni seperti kasih sayang, baik hati, bekerjasama turut dijadikan sebahagian daripad STEM kerana nilai adalah asas kepada kemenjadian kanak-kanak di masa akan datang.
Hasrat memperkenalkan Pendidikan STREAM ini sejajar dengan pengumuman YB Menteri Pembangunan Luar Bandar semasa lawatan ke Tabika KEMAS Otak Lempit pada 7 Jun 2018.
Pendidikan STREAM di Tabika KEMAS menekankan konsep pembelajaran secara "open space" serta mengaplikasikan strategi pengajaran di Pusat Pembelajaran. Satu projek rintis telah dimulakan di Tabika KEMAS Al-Ghazale, Melaka bertemakan "aviation", di mana STREAM diintegrasikan dalam aktiviti pembelajaran di tabika ini dan seterusnya dijenamakan sebagai "Tabika KEMAS Pintar STREAM"
Objektif
- Menarik minat kanak-kanak terhadap subjek berkaitan STREAM terutamanya Tunjang Sains dan Teknologi
- Sebagai panduan kepada Pendidik Masyarakat (PM) untuk merangka proses pengajaran dan pemudahcaraan (PdPc) Pendidikan STREAM dengan lebih berkesan
- Membudayakan Pembelajaran Abad ke-21 dan sekaligus melahirkan kanak-kanak serta PM yang mempunyai ciri-ciri kemahiran Abad ke-21